Want your
own Fotopage?






 
gamboku mnulis bribu² patah pktn

By: Nabyha Mohamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-May-2008 09:34 Email | Share | Bookmark
Ngabiskan duit

Aku gi shopping semalam, beli kasut. Macam dah berbulan2 aku bising2 kat Sayang yang aku nak kasut macam colleague aku si Cynthia tu. Akhirnya, dapat la iras2, cuma tumit dia tak sebesar yang aku nakkan. Eh tak cukup besar lg ker? Lagi besar lg besh, senang nak jalan, tak mudah tersangkut atau terselit & balancing yang bagus.

Dapat diskaun 20%, kasut keje yang 2 pasang tu dah teruk sangat. Yang itam tu kain dia dah lekang, yang coklat lak buckle dah tercabut. Ingat nak carik satu lagi kaler itam yang gedik2, yang ada ribbon ke.



Pastu kunun nak beli "some kind-a gorgeous" kat Benefit, tapi dah masuk maghrib. Takpe la, sambil lalu tu amik booklet jek. Bila tengok booklet tu rasa hati meruntun2 nak beli berbagai2 barang sehingga Sayang kelihatan serba tak kena.

Lepas tu kitorang terus gi Carls Jr kat Pavilion. Apakah kisah Benefit? Dah lepas makan baru ingat nak gi nak gi Benefit. Sayang senyum bangga, mebi sebab berjaya wat aku lupa kot. There will be next time! (insya Allah jika diizinkan tuhan... hnnn, insaf seketika). Aku sebok2 nak gi Carls Jr pun sebab kene racun lepas baca blog Abah, pastu mrasalah makan burger, fries & ayor yg x hengat kebesarannya (sekali ayat mcm abah daaa).

Masa kitorang sampai tu aku tgk restoran lengang, agaknya org sesat kot. Masa nak ke sana kitorang lalu food court, ada mungkin orang-orang telah rambang mata lalu dengan rakusnya makan-makan di food court. Lagi pun kat situ kan ada JCo, kedai donut yang tak penah putus dengan orang tu. Takde masalah kalo ko amik daging salai boh dalam donut tu, hwa hwa hwa, kalah Carl's Jr.

Tetapi donut JCo adalah sangat sedap, donut mak pun kalah, nyum nyum sedap. Sampai la ni aku tak penah beli sendiri, ramainyer la orang, malas sangat.

Aaaa back to Carl's Jr. Kami di sambut oleh sorang dak laki yg cute & sangat peramah. Aku & Sayang yang blur-blur sotong chuka iidako terus mintak dia suggestion, terus adik tu kasik idea yg besh (bagi aku la). Nama tak ingat la, tp ada mushroom la, medium set. Sayang pulak triple western, large set. Ambitious are we?


Miw miw miw, bagaimana mau sumbat dalam perot neh? Apa-apa pun kene makan sebab Sayang yang mlanjer, macheh Sayang. Owh, size does matter, her her her.

Burger sayang ropanya 3 keping daging & 1 keping ayam, ooo mcm nak muntah rupanya mamat neh, hehe. Tapi masa makan macam cool jek, abis jek aku tengok, settle 2 cawan besar iced lemon tea. Owh, iced lemon tea yang leh refill, sangat besh. Burger aku laks sgt messy, tapi dimaafkan sebab sedap. Dah hujung-hujung tu rasa macam makan mushroom soup jek, nasib burger aku tak soggy.


Abang Snake pun makan fries lepas patahkan tengkuk orang, katanya good source of energy, ii desu.

Apa yang tak besh adalah sos yang dia bagi dalam peket-peket kecik tu, aku sker yg botol tu, takpun pam mcm kat McD. Tapi takpe la, dia tak kedekut sos pun.

Makan punya makan, restoran pun dah nak tutup. Masa tengah kasik burger turun (dalam perot), tiba-tiba irama lagu sudah bertukar, jadik rock zaman 80s. Cam besh la pulak, sambil layan sore dak pelayan yang misterius nyanyi tangkap leleh kat dapur.

OK la, layan layan. Tiba-tiba!!!

Lagu Airmata Jernih dari BumiPutra Rockers!!!

Haiya! Lama giler tak dengar lagu neh, aaa sib baik dah abis makan. Kalo tak memang seswai la dengan tema makan pada hari tu "Aduh sakitnya mulut & perot ini mau abiskan makanan", nyaaa (sila sebut ala-ala anime).

Hokey la, layan je la. Pastu kuar lagu "Dari Sinar Mata" pulak, hooo layan gak la. Hahaaa, lantas teringat muvi "Rock" yang lawak & besh. Sure kalo bawak geng-geng aku neh, layan banging kat situ jugak.

Hari pun dah lewat, balik la, ada lebih lagi neh harus tapau. Dah nak balik tu Sayang jejak kasihan dengan kawan sekolah dia pulak, boleh tu. Kalo sehari macam tak sah kalo tak jumpa kaum kerabat dia siap drama jejak kasih bagai. Nampak sangat macam aku neh takde kawan kan, miw miw miw.

Kami pulang dengan perasaan ketat di perut dan sangat gembira. Nanti kalo mak aku datang aku bawak di gi sana ok tak? Hahaaa, cian mak aku

Aku ada banyak gambo sebenarnya, tapi macam tak besh la nak edit sini (kat pc, suka notebook lagik sbb situ ada cs3). Dah free nanti & harap2 notebook ok esok la, aku boh la more pics ya.

Ada problem dgn notebook ku. Sat gi nak pi Low Yat, adapter notebook cam problem, tokleh charge. La ni pakai pc, tak besh lar. Harap2 dapat la beli part tu nnt, esok ada keje mau buat. Eh, figure yang ku mau tidak kunjung tiba. Orang dah balik, esok pagi aku serbu dorang. Nak figure! Nak figure! (& I want my figure back too, dah kembang sgt dah neh, huhuuu)


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.